Wednesday, May 4, 2011

Love Letter from God

Love Letter from God (A Must Watch/Read)

[youtube]BKmdIdQg3Ks[/youtube]

Versi MP3:  
[url=http://www.fathersloveletter.com/Malaysian/Malaysian_FLL.mp3]http://www.fathersloveletter.com/Malaysian/Malaysian_FLL.mp3[/url] 


Anakku,

Engkau mungkin tidak mengenal Aku,
namun aku mengenal segalanya tentang dirimu.
Mazmur 139:1

Aku tahu saat engkau duduk dan saat engkau berdiri.
Mazmur 139:2

Aku mengetahui segala yang engkau lakukan.
Mazmur 139:3

Setiap helai rambut di kepalamu,
sudah Aku hitung semuanya.
Matius 10:29-31

Kerana engkau diciptakan dalam gambar dan rupa-Ku
Kejadian 1: 27

Dalam Aku, engkau hidup, engkau bergerak,
dan engkau wujud di dunia ini.
Kisah Rasul-rasul 17:28

Sesungguhnya, engkau merupakan anak-Ku.
Kisah Rasul-rasul 17:28

Aku terlebih dahulu mengenal dirimu,
sebelum engkau terbentuk di dalam rahim ibumu.
Yeremia 1:4-5

Sebermulanya, Aku memilih engkau
mengikut rancangan dan keputusan-Ku.
Efesus 1:11-12

Hadirmu bukan suatu kesilapan
kerana jangkamasa hidupmu, tercatat dalam kitab-Ku.
Mazmur 139:15-16

Aku juga telah menentukan
masa dan tempat kediaman engkau.
Kisah Rasul-Rasul 17:26

Kejadianmu ajaib lagi mengagumkan.
Mazmur 139:14

Kerana Aku merangkaikan engkau dengan teliti
di dalam kandungan ibumu �
Mazmur 139:13

�. sehingga engkau dilahirkan.
Mazmur 71:6

Kerap kali, Aku tidak difahami
oleh mereka yang tidak mengenal Aku.
Yohanes 8:41-44

Akulah Kasih yang sempurna,
I Yohanes 4:16

Aku amat mengasihimu
kerana kaulah anak-Ku dan Akulah Bapamu.
I Yohanes 3:1

Aku mahu berikan yang lebih baik untukmu,
melebihi bapamu di dunia ini.
Matthew 7:11

Semua itu kerana Akulah Bapamu di syurga
yang mengasihi semua orang.
Matius 5:48

Setiap yang baik dan sempurna,
engkau terima daripada tanganku.
Yakobus 1:17

Jadi, jangan khuatir
Aku sedia memberikan segala sesuatu yang engkau perlukan.
Matius 6:31-33

Dalam rancangan-Ku, hari-hari depanmu
ialah hari-hari yang penuh pengharapan.
Yeremia 29:11

Sememangnya Aku mengasihi engkau
dengan kasih abadi.
Yeremia 31:3

Fikiran-Ku terhadapmu tidak terkira,
ibarat pasir di pantai
yang tidak terbilang jumlahnya.
Mazmur 139:17-18

Aku gembira dan bersukacita dengan engkau.
Zefanya 3:17

Aku tidak akan berhenti berbuat baik kepadamu.
Yeremia 32:40

Engkaulah anak pilihan-Ku sendiri.
Keluaran 19:5

Aku mahu mengukuhkan kedudukanmu
dengan segenap hati dan jiwa-Ku.
Yeremia 32:41

Lagipun, Aku akan memberitahumu
hal-hal yang indah dan mengagumkan
yang belum engkau tahu.
Yeremia 33:3

Jika engkau mencari Aku dengan segenap hati,
engkau akan menemui Aku.
Ulangan 4:29

Bersukacitalah kerana engkau akan peroleh
segala yang engkau inginkan.
Mazmur 37:4

Kerana Aku terlebih awal
mengerjakan kemahuan itu dalam hatimu.
Filipi 2:13

Sememangnya Aku dapat melakukan
perkara yang jauh lebih banyak
daripada apa yang engkau minta atau fikirkan.
Efesus 3:20

Akulah sumber kesejahteraan bagi semua.
2 Tesalonika 2:16-17

Akulah Bapa yang akan menolongmu
ketika engkau dalam kesusahan.
2 Korintus 1:34

Akulah Bapa yang dekat kepada mereka yang
tawar hati dan berputus asa.
Mazmur 34:19

Ibarat gembala domba,
Aku menjaga dan memimpinmu
dengan belaian kasih.
Yesaya 40:11


Suatu hari nanti
aku akan menyapu air mata
daripada matamu.
Wahyu 21:3-4

Dan lenyaplah segala kesakitan dan derita
yang engkau tanggung.
Wahyu 21:3-4

Akulah Bapa dan Aku mengasihi engkau
seperti Aku mengasihi puteraku Yesus.
Yohanes 17:23

Kerana dalam Yesus,
kasih-Ku kepadamu dipernyatakan.
Yohanes 17:26

Yesuslah gambar perwujudan-Ku
yang gilang-gemilang.
Ibrani 1:3

Dia datang untuk menyatakan
bahawa Aku memihakmu
dan bukan memusuhimu.
Roma 8:31

Juga, Aku tidak memyalahkan engkau
atas dosa-dosamu.
2 Korintus 5:18-19

Kerana Yeus mati dan engkau diperdamaikan
2 Korintus 5:18-19

Kematiannya ialah pernyataan agung
kasih-Ku kepadamu.
I Yohanes 4:10

Aku menganugerahi Putera yang paling Aku sayangi
supaya Aku mendapat kasihmu.
Roma 8:31-32

Jika engkau menerima anugerah Anakku Yesus,
engkau juga menerima Aku.
I Yohanes 2:23

Tiada yang dapat memisahkan
engkau daripada kasih-Ku.
Roma 8:38-39

Kembalilah dan Aku akan meraikan kepulanganmu
dengan perjamuan terbesar di Syurga.
Lukas 15:7

Selama ini, Akulah yang bergelar Bapa,
begitu juga sampai bila-bila, Aku tetap Bapa.
Efesus 3:14-15

Pertanyaanku, .... sudikah engkau menjadi Anakku?
Yohanes 1:12-13

Aku setia menanti engkau .....
Lukas 15:11-32

Kasihku untukmu,
Bapamu di Syurga.


Obtained from Eunice_P

Love, Joyce

No comments:

Post a Comment